Pages

Thursday 11 September 2014

Mari Kenali Changlun....


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Koordinat6°26′U 100°26′TChanglun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandar Raya Alor StarChanglun berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah (chang) Jatuh(lun).
Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada. Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis. Anda juga dinasihat untuk menggunakan lebuh raya ini untuk mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi. Lebuh Raya ini tidak dikenakan pembayaran tol.
Pekan Changlun[1] mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat.
Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.

[sunting]Prasarana

Institusi pendidikan:
Institusi Sosial/Kebajikan:
  • Pajak Gadai Bonus Sdn Bhd
  • Klinik Kesihatan
  • Pejabat Pos
  • Hentian Bas Tempatan / Ekspres
  • Masjid
  • Bank
    • Bank Simpanan Nasional
    • Public Bank
    • Bank Muamalat (Kampung Tradisional)
  • Pasar Pagi dan Petang
  • C-mart (kompleks Changlun)
  • Northern Dialysis Centre Sdn Bhd (pusat dialisis swasta panel kerajaan) [

No comments:

Post a Comment