Pages

Sunday 29 June 2014

Kenali Kodiang

Sebutan mengikut dialek tempatan: [kok diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu).
Bukit Keplu ialah sejenis bukit batu kapur yang dikelilingi kawasan sawah padi. Di bukit ini terdapat beberapa buah gua yang mempunyai cerita menarik dan sejarahnya tersendiri. Antara gua-gua tersebut terdapat lukisan-lukisan (tulisan) purba yang masih kelihatan sehingga hari ini. Gua-gua yang biasa dikunjungi ialah Gua Kerbau, Gua Gong, Gua Ikan, Gua Gelap, Gua Pasir, Gua Pelamin dan Gua Kelawar.
Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.
Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain (berpindah ke perkarangan masjid jamek kodiang dan sekarang diwarasi oleh menantu arwah Hussain), Gerai Abd Majid di simpang ke Sanglang (berpindah ke bangunan sebelah RMTEAM) dan Kedai Ghani di Medan Mara Stesen bas (Sudah berpindah di kg kubang beruang).
Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjual apom balik, air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca yang terkenal dengan bihun yang bewarna kuning. Pengusaha air tebu yang dikenali di Pekan Kodiang ialah Hassan Air Tebu atau lebih dikenali dengan panggilan Che Chan

Pekan Kodiang Ketika Ini[sunting | sunting sumber]

Pada ketika ini kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan dari 2 lorong kepada 4 lorong.Lebuhraya Alor Setar ke Kangar melalui Anak Bukit, Kepala Batas {Lapangan Terbang(AOR/WMKA)} , Jitra , Tunjang , Padang Sera, Kodiang , Arau , Jejawi dan Kangar. Kerja-kerja fasa terakhir ialah dari Tunjang,Kedah ke Arau,Perlis sudah hampir siap sepenuhnya hanya sedikit pengubahsuaian akan dilakukan pada pusingan U.Terdapat kedai-kedai dan warung di pekan Kodiang telah dirobohkan untuk memberi ruang pada kerja-kerja pelebaran jalan.
Antara kedai yang telah berubah ialah deretan kedai Toko buku Othman (berpindah di sebelah kedai baiki basikal jalan arau) dan kedai makan Adnan, kedai makan Mydin(sekarang berniaga di perkarangan masjid jamek kodiang dengan menggunakan kenderaan tut-tut) termasuk juga telah dirobohkan dan lain-lain kedai berubah tempat ke stesyen bas iaitu jalan ke Changloon. Bank Maybank dan Tabung Haji sekarang ini berhampiran dengan bahu jalanraya, ruang letak kereta telah digunakan untuk kerja-kerja pelebaran jalan ini.
Kerja-Kerja pelebaran jalan bagi Pekan Kodiang dan sekitarnya telah siap sepenuhnya. Perhentian Bas Kodiang telah ditingkatkan pasarananya dengan pembinaan kedai dua tingkat di kawasan perhentian bas amat bersesuaian dengan perubahan pekan-pekan atau bandar sekitarnya seperti Bandar Jitra,Changloon dan Arau. Dahulunya bandar Changloon hanya setaraf seperti Kodiang tetapi bandar Changloon telah pesat membangun pasarananya menyamai Bandar Jitra. Pekan Kodiang lebih baik pasarana berbanding dengan pekan Padang Sera , Tunjang dan Sanglang di Daerah Kubang Pasu ini.
Sebuah Kolej Universiti (Teknologi dan Pertanian) akan dibina di dataran Bukit Keplu dan Gua Kerbau dan masih diperingkat cadangan.

sumber : wikipedia

No comments:

Post a Comment