Pages

Friday 24 September 2010

Sunnah Dalam Korban

Dua hadis penting berkenaan qurban dan bulan zulhijjah :
HADIS 1: KHUSUS BAGI MEREKA YANG BERNIAT KORBAN
Rasulullah s.aw. telah bersabda, "Barangsiapa yang ingin berkurban, dan telah masuk Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan" ( Sahih Muslim)
Bagi sesiapa yang merasa rimas tidak dapat memotong kuku atau rambut selama 10 hari pertama Zulhijjah itu, Dicadangkan pada sehari sebelum 1 Zulhijjah (Hari Khamis 25/9/2014), potonglah kuku & rambut elok2 & kemudian bersabarlah sehingga korban dilaksanakan. Anggaplah rasa rimas selepas itu sebagai salah satu pengorbanan kita juga.
HADIS 2: BAGI SEMUA ORANG ISLAM YANG TIDAK MENGERJAKAN HAJI
Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Sahih Muslim)
Marilah kita mengajak ahli keluarga kita & sahabat handai untuk melakukan puasa sunat 9 Zulhijjah (sehari sebelum Raya) untuk mendapatkan keampunan Allah yang sangat besar.
Moga bermanfaat!
Sumber : Sebaran Media Baru

No comments:

Post a Comment